Rafizi salahkan Najib aset Petronas dirampas Sulu, rancang lapor polis

July 15, 2022 · Isu semasa

Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pertelingkahan dengan individu mendakwa waris kesultanan Sulu sejak zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri (PM), walaupun beliau mendakwa isu itu berpunca daripada kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau bercadang membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kegagalan dan kecuaian bekas PM itu yang menyebabkan harta kerajaan – Petronas dan badan lain – terdedah kepada rampasan di seluruh dunia.

“Najib cuba mempengaruhi persepsi atas dua sebab: Pertama, memainkan sentimen perkauman dengan pendekatan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kedua, untuk mengalihkan pendapat rakyat Malaysia daripada realiti iaitu tindakan undang-undang yang membawa kepada rampasan aset Petronas sebenarnya bermula daripada keputusan Najib sendiri sejak beliau menjadi perdana menteri.

“Malah, kerajaan beliau ketika itu telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan seawal 2017,” kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa dalam satu kenyataan bahawa Najib telah berusaha untuk mengalihkan tumpuan kepada bekas Peguam Negara Tommy Thomas bagi membina persepsi perkauman berhubung pilihan pentadbiran PH untuk melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.

Selain itu, Rafizi merujuk kepada perenggan 21 muka surat 23 kertas keputusan timbang tara bertarikh 28 Februari 2022, yang dilampirkan melalui pautan Google Drive, menyatakan bahawa: “Tuntutan menyampaikan notis awal niat untuk memulakan timbang tara, bertarikh 2 November 2017 , menurut Surat Ikatan (selepas ini, Notis Niat untuk Memulakan Timbang Tara) di Kedutaan Malaysia di Madrid (Sepanyol”).

“Semakan ke atas kertas keputusan proses timbang tara (“arbitration”) bertarikh 28 Februari 2022 jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib telah dimaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan menyita aset ini,” katanya.

Beliau menyertakan dokumen keputusan timbang tara sebanyak 124 muka surat untuk makluman rakyat Malaysia. https://drive.google.com

Rafizi juga berkata Najib telah terperangkap dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila notis fasa awal prosiding diserahkan, mengatakan bahawa pentadbiran bekas PM itu sibuk dengan menutup skandal itu pada tahun terakhirnya sebelum kalah PRU14.

Pada Selasa, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Putrajaya untuk menggantung keputusan sebelum ini yang mengisytiharkan liabiliti Malaysia terhadap penyelesaian bilion ringgit yang dituntut oleh waris sultan Sulu.

Mengulas lanjut Rafizi berkata rakyat sedia maklum bahawa pentadbiran Najib sebelum ini juga yang membuat keputusan menghentikan bayaran (mengikut perjanjian yang diwarisi Kerajaan Persekutuan) kepada waris Kesultanan Sulu dalam 2013.

“Hakikatnya, keseluruhan aset negara yang dimiliki oleh syarikat dan badan kerajaan seperti Petronas, MARA dan lain-lain kini terdedah kepada tindakan disita akibat kecuaian dan kegagalan Najib semasa menjadi Perdana Menteri.

“Mujurlah aset yang dikenakan tindakan sita itu telah pun dijual oleh Petronas terlebih dahulu dan semua hasil urusniaga telah dipulangkan. Kita bernasib baik kerana pimpinan Petronas lebih bijak merancang dan menangani risiko berbanding Najib dan menteri-menterinya dahulu.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok