Rafizi minta pihak nafi dakwaan terus saman dirinya segera

August 26, 2022 · Isu semasa

Susulan pendedahan dibuat Rafizi Ramli berhubung skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang gagal disiapkan, satu cabaran dibuat kepada mana-mana individu yang menafikan dakwaan yang dilontarkannya baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKR itu meminta mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mempertikaikan tuduhan supaya segera mengemukakan saman terhadap dirinya bagi membuktikan kebenaran berhubung skandal LCS tersebut.

“Jika Dr. Latiff (Datuk Seri Abd Latiff Ahmad) tidak ada kaitan dengan Zainab Mohd Salleh dan dia (atau keluarganya) tidak terlibat dengan kontrak-kontrak projek LCS atau pertahanan laut negara, beliau perlu mengambil tindakan saman dengan serta-merta ke atas BHIC (tuan punya Laporan Forensik Kapal LCS), Alliance IFA (M) Sdn Bhd (juru audit yang dilantik BHIC untuk menyiasat projek kapal LCS) dan saya (yang mendedahkan perkara ini),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi masih tidak berpuas hati dengan penafian dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut.

Terdahulu awal hari ini, Latiff sekali lagi menafikan Zainab Mohd Salleh – wanita yang dikaitkan dalam siasatan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) – adalah isterinya.

Ahli Parlimen Mersing itu dengan tegas mengatakan beliau tidak mempunyai isteri yang bernama Zainab Mohd Salleh.

“Salam Jumaat yang penuh barakah penghulu segala hari. Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini membawa kebaikan buat semua dan beroleh keberkatan dari Yang Maha Esa.

” Isteri atau ssteri-isteri saya tiada yang bernama Zainab binti Mohd Salleh,” katanya menerusi kenyataan di Facbook rasmi beliau hari ini, sekali gus menolak dakwaan dibuat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung perkara itu.

Pada masa sama Dr Abdul Latiff juga memaklumkan bahawa tidak ada ahli keluarga beliau yang terlibat dalam perniagaan membekalkan peralatan atau pembinaan kapal tempur berkenaan.

“Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bisnes melibatkan pembekalan atau pembinaan kapal LCS.

“Sebagai wakil rakyat dari kawasan Laut dan Pulau (Mersing)…saya suka makan ikan…tapi bukan ikan jerung,” katanya sambil memuat naik pantun “Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jadi pencuri. Beliau kemudian menambah “Siakap senohong gelama ikan jerung, cakap pembohong tak lama mati jadi jerangkung”.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
8 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok