Rafizi ‘insan ajaib’ muncul 12 bulan sebelum PRU, sindir Saravanan

October 5, 2022 · Isu semasa

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan menyindir Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sambil menyifatkannya sebagai ‘insan ajaib’ yang muncul menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Menteri Sumber Manusia itu berkata Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum PRU diadakan.

Saravanan membuat kenyataan itu ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022, sebagai maklum balas kepada soalan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), yang bertanya sama ada persepsi pembubaran Parlimen ketika musim banjir yang sering dimainkan pembangkang akan memberi kesan kepada kemajuan RUU berkenaan.

Saravanan berkata isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir adalah satu drama politik oleh Rafizi.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu, dia akan hilang.

“Kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah semasa Covid-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya menurut BH.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun dan meminta Saravanan tidak menyalahkan Rafizi serta kembali kepada sesi penggulungan RUU berkenaan.

Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC, berkata isu pembubaran Parlimen ketika musim banjir adalah satu drama politik oleh Rafizi.

“Insan ajaib yang dikenali sebagai Rafizi hanya akan muncul enam hingga 12 bulan sebelum pilihan raya. Selepas itu, dia akan hilang.

“Kalau tuan-tuan lihat, Rafizi tidak pernah muncul ketika kita susah semasa Covid-19. Tidak pernah pun ada cadangan daripada Rafizi,” katanya.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, pendirian untuk tidak melaksanakan PRU-15 bukan hanya oleh Rafizi tetapi semua parti pembangkang.

“Jika diadakan pilihan raya pada musim tengkujuh, apakah rancangan kerajaan untuk menghadapi banjir serentak dengan PRU? Takkan nak mengayuh sampan untuk pergi membuang undi,” katanya.

Saravanan menjelaskan, tiada mana-mana pihak yang menyebut untuk melaksanakan PRU ketika musim banjir.

Katanya, kerajaan sudah pun mempunyai rancangan enam bulan lebih awal untuk menangani masalah bencana itu, mengambil kira pengalaman pada tahun lalu.

“Jika kita membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada musim banjir, kenapa pembangkang perlu risau? Rakyat akan sokong anda. Bagilah kita membuat kesilapan.

“Ini seolah-olah mempertahankan kerajaan kita. Kenapa anda risau? Anda yang akan mendapat faedah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Presiden MIC sahkan surat Zahid menipu Agong yang didedah Annuar Musa
November 23, 2022· Politik
Terus menerus tabur fitnah, Tuan Ibrahim saman Rafizi
November 18, 2022· Politik
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok