Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS

August 8, 2022 · Isu semasa

Rafizi Ramli mendakwa memiliki surat bocor berhubung perolehan projek enam kapal tempur pesisir (LCS) gagal disiapkan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR itu memulakan siri pendedahannya hari ini dengan mendakwa Najib mempengaruhi keputusan pilihan reka bentuk oleh Putrajaya berhubung projek LCS, ia ekoran pendedahan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar baru-baru ini dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

PAC sebelum ini dalam laporannya mendedahkan reka bentuk LCS ditukar daripada Sigma kepada Gowind yang menurut Abdul Aziz tidak wajar kerana TLDM sebagai pengguna akhir berhak menentukan pilihan kapal yang mereka kehendaki.

Rafizi dalam kenyataannya memberitahu memiliki dokumen tender yang dibocorkan kepada “surat niat” daripada firma pertahanan Perancis DCNS (kini dikenali sebagai Naval Group) berhubung projek LCS.

Bagaimanapun, Rafizi berkata dokumen itu dikeluarkan sebelum Boustead Naval Shipyard Bhd (BNS) secara rasmi dijadikan kontraktor utama pada 16 Dis 2011.

“Ini bermakna DCNS (sebagai sub-kontraktor) telah menerima maklumat penuh sebelum ini mengenai projek itu. Malah, DCNS telah pun mengemukakan dokumen tender dan surat niat walaupun sebelum BNS dilantik sebagai kontraktor utama,” kata kenyataan itu.

Rafizi tidak mendedahkan ketiga-tiga dokumen itu tetapi memberikan nombor rujukan dan tarikh.

PAC sebelum dalam laporannya berkata BNS menyerahkan “surat niat” pada 16 Okt 2010 dan menerima “surat lantikan” pada 16 Dis 2011.

Berdasarkan tarikh yang diberikan oleh Rafizi, ketiga-tiga dokumen yang dikatakan bocor dalam simpanannya adalah bertarikh antara “surat niat” BNS dan “surat lantikan”.

Menurut Rafizi, dia juga memiliki laporan oleh Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) – pemilik BNS – yang membuat kesimpulansebut harga DCNS adalah “ditentukan terlebih dahulu” dan perkara itu adalah tidak wajar.

Rafizi yang memetik laporan itu berkata, penyiasat BHIC menyatakan bahawa DCNS mempunyai sejarah merasuah rakyat Malaysia dan perkara itu sedang disiasat pihak berkuasa Perancis.

Justeru dakwanya, Najib berkemungkinan mempunyai peranan dalam menentukan reka bentuk LCS kerana rekodnya dengan DCNS melalui perjanjian kapal selam Scorpene pada awal 2000-an.

“Pertama, dia (Najib) lebih berkuasa daripada menteri pertahanan pada ketika itu untuk mempengaruhi keputusan menukar reka bentuk kapal agar sub-kontraktor dari Perancis, iaitu DCNS, dipilih.

“Kedua, mempunyai rekod peribadi yang memilih DCNS (dan rakan sekutu DCNS iaitu Thales) untuk projek-projek besar negara. Selain projek kapal selam Scorpene dan kapal LCS, Thales juga mencetuskan kontroversi dalam tahun 2012 apabila terbabit dalam skandal anugerah projek LRT kepada George Kent.

“Saya menunggu bagaimana Najib Razak akan menjawab persoalan-persoalan ini,” katanya lagi.

Rafizi sebelum ini menamakan Najib bersama dua lagi bekas Menteri UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai watak utama dalam skandal projek LCS tersebut.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok