Radang sendi serang golongan muda, gejala yang perlu anda tahu

Artritis atau radang sendi adalah gejala kepada lebih 100 penyakit berkaitan sendi seperti artritis reumatoid, osteoartritis, gout dan artritis psoriatik.

Namun, artritis reumatoid ialah radang sendi paling serius dan biasa dialami. Gejalanya termasuk keradangan dan pembengkakan tisu lembut di beberapa sendi pada masa yang sama. Ia adalah gangguan pada autoimun mengakibatkan sistem imun yang dikawal mula menyerang sendi dan tisu yang bertindak sebagai pelapik dan pelincir sendi meradang.

Jika dulu, penyakit ini sering dikaitkan dengan warga emas. Kini, ramai pesakit terdiri daripada golongan muda berusia 18 hingga 35 tahun.

Menurut Perunding Pakar Bedah Ortopedik, Artritis & Sukan di Hospital Ortopedik ALTY, Datuk, Dr. Badrul Shah Badaruddin, terdapat lebih daripada 100 jenis artritis dan kondisi berkaitan yang dialami oleh ramai individu.

“Daripada jumlah ini, antara jenis artritis yang paling lazim dihadapi oleh golongan dewasa muda ialah artritis reumatoid, iaitu gangguan keradangan kronik yang memberi kesan pada dinding sendi anda.

“Artritis reumatoid merupakan penyakit autoimun dan sistemik, yang bermakna ia mampu menyerang seluruh badan. Sesiapa sahaja berpotensi untuk menghidap artritis reumatoid, tanpa mengira peringkat usia, malah lapan dalam setiap 100,000 individu berusia 18 hingga 34 tahun didapati menghidap artritis reumatoid. Di Malaysia, lebih kurang lima dalam 1,000 individu mengalami kondisi ini,” jelasnya.

Tambah beliau, tanda-tanda artritis reumatoid ialah kekejangan sendi, sakit sendi, keradangan sendi dan kekebasan serta sesemut khususnya di tangan, dan mungkin tidak menyelesakan serta mengkhuatirkan.

“Meskipun begitu, ia merupakan petanda dan simptom yang paling lazim sahaja. Kajian mendapati bahawa 40 peratus individu yang mempunyai artritis reumatoid juga mengalami tanda-tanda dan simptom yang tidak melibatkan sendi.  Artritis reumatoid juga boleh menjejaskan banyak anggota badan yang lain selain sendi. Ia meliputi kulit, mata, paru-paru, jantung, buah pinggang, kelenjar liur, tisu saraf, sumsum tulang dan saluran darah,” jelasnya.

Bukan seperti kepercayaan umum, penyakit ini bukannya perlu dibimbangkan hanya setelah usia kita menginjak 50-an. Beliau meminta orang ramai egahnya dari awal dan mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan risiko kekejangan dan sakit sendi.

“Terdapat bukti yang jelas menunjukkan korelasi antara artritis dan gaya hidup seseorang individu. Dengan kekal aktif secara jasmani, ia dapat memelihara kebolehan kita untuk bergerak, selain secara amnya memberi manfaat kepada kesihatan kita,” katanya.

Memandangkan penyakit artritis reumatoid sukar untuk dijangka, pengambilan langkah pencegahan adalah mustahak. Dr. Badrul menasihatkan orang ramai untuk menghentikan  tabiat merokok, kekalkan berat badan pada paras yang sihat dan hadkan pendedahan

“Jika anda mengalami kesakitan, jangan pandang mudah daya toleransi kesakitan bagi generasi yang muda mungkin lebih tinggi, namun ia tidak bermakna anda boleh bersikap culas.

Tubuh badan anda berkomunikasi menggunakan kaedah seperti ini. Kesihatan tulang dan sendi harus diutamakan pada setiap masa sama ada kita sedang dilatari pandemik atau sebaliknya. Artritis reumatoid merupakan penyakit yang boleh dihidapi pada bila-bila masa, tanpa mengira peringkat usia. Oleh itu, rujuk pakar kesihatan anda, buat pemeriksaan dan ambil langkah yang sewajarnya,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR