Putrajaya sekat penerbangan dari India mulai esok

April 27, 2021 · Isu semasa

Kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan sekatan sementara penerbangan keluar masuk dari India ke negara ini bermula 28 April bagi mencegah kemasukan varian baharu COVID-19 dari negara terbabit, lapor Bernama.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengembara yang memulakan perjalanan dari mana-mana destinasi di India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit untuk ke Malaysia adalah dilarang memasuki negara ini.

“Larangan ini turut terpakai bagi penumpang yang transit di Malaysia untuk ke negara ketiga, bagaimanapun pengecualian hanya akan diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

“Kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari India dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan prosedur signoff di Malaysia kecuali kru warganegara Malaysia yang wajib menjalani perintah kuarantin 14 hari,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sekatan sementara juga dilakukan terhadap pekerja asing dari negara itu yang memegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) masih sah laku, serta penuntut antarabangsa warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa.

Ismail Sabri berkata warga Malaysia termasuk pelajar dan pekerja serta pasangan dan anak kepada warganegara Malaysia yang tinggal di India, serta kumpulan keagamaan yang berada di negara itu dibenarkan memasuki Malaysia dengan prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.

Berita berkaitan
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Peguam Bangladesh dituduh hina Nabi Muhammad
June 16, 2022· Dunia
Kes harian Covid-19 di India meningkat, lepas angka 10,000
June 16, 2022· Dunia
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
2 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
3 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok