Putrajaya nafi bersetuju nyahwarta hutan simpan di Selangor

September 2, 2021 · Isu semasa

Kerajaan pusat tidak pernah secara dasarnya bersetuju dengan tindakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), khususnya di peringkat awal ketika dicadangkan kerajaan Selangor.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kementeriannya memandang berat dan mengambil perhatian pewartaan keluar HSKLU yang melibatkan kehilangan sebahagian daripada keluasan asal iaitu seluas 957.63ha.

“Pihak kementerian dan jabatan, agensi berkaitan juga telah mengemukakan bantahan rasmi kepada kerajaan negeri Selangor berhubung pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada tahun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung laporan pewartaan keluar HSKLU bagi tujuan pembangunan.

Untuk rekod, KeTSA merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber asli negara.

Pada 30 Ogos lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian pada sidang Dewan Undangan Negeri dilaporkan berkata kira-kira 536.7ha daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyah warta mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Menurut Hee keputusan berkenaan dibuat menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Mei lepas dengan jumlah keluasan HSKLU yang ingin dinyah warta itu adalah kurang 45% daripada jumlah asal yang dicadangkan, iaitu kira-kira 991.90ha.

Takiyuddin berharap kerajaan Selangor dapat memastikan kawasan hutan yang telah diwarta keluar tersebut dibangunkan dengan bertanggungjawab dan mengambil kira amalan pembangunan lestari termasuk memastikan kecukupan zon penampan dan semua syarat Laporan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dipatuhi sepenuhnya.

“Ini bagi memastikan pembangunan yang bakal dilaksanakan tidak mengganggu gugat kawasan hutan dan ekosistem yang terletak bersebelahan, mahupun kehidupan masyarakat setempat khususnya masyarakat Orang Asli,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata KeTSA mengambil maklum penggantian seluas 579.64ha melibatkan empat kawasan hutan berasingan di Selangor sebagai hutan simpanan kekal.

Ia melibatkan Hutan Simpan Sungai Panjang (308.62ha), Hutan Simpan Buloh Telor Barat (149.96ha), Hutan Simpan Buloh Telor Timur (57.18ha) dan Hutan Simpan Broga (63.88ha).

“Kementerian ini mengesyorkan agar kawasan gantian tersebut terus dilindungi dan dipulihara bagi memastikan kawasan berhutan di negeri Selangor dikekalkan,” katanya.

Menurutnya data Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sehingga tahun 2019 menunjukkan jumlah kawasan berhutan Negeri Selangor adalah 31.74%.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mangsa banjir Shah Alam meningkat 633 orang
November 11, 2022· Isu semasa
PRU-15 : PAS yakin tawan 36 Parlimen
November 10, 2022· Politik
Jangan buat manifesto populis untuk bohongi rakyat: Khutbah Jumaat
October 28, 2022· Isu semasa
Selangor tak bubar DUN, Pulau Pinang belum muktamadkan keputusan
October 11, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
19 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok