PUTRA dakwa Exco kanan Melaka rasuah isu MARRIS, buat laporan polis

January 3, 2023 · Isu semasa

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Melaka membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Wanita PUTRA, Laila Norinda Maon, berkata PUTRA Melaka menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sekiranya berlaku rasuah dalam pemberian konsesi di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Laporan itu dibuat selepas beliau melihat klip video berdurasi 5 minit 19 saat di Facebook kelmarin yang jelas mengaitkan Ab Rauf dengan isu penyelewengan itu.

“Kandungan video berkenaan mendakwa duit dari MARRIS pusat yang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka untuk membantu kontraktor kecil membangunkan perniagaan mereka, tetapi dilencongkan ke Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

“Tindakan itu kononnya atas arahan Pengerusi Jawatankuasa Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri (Ab Rauf) tanpa sebarang perbincangan dengan pihak lain.

“Saya tidak menuduh atau menyalahkan beliau atau mana-mana pihak, sebaliknya mahu pihak berwajib menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau salah,” katanya hari ini (3 Januari 2023).

Laila yang juga Ahli Dewan Tertinggi (ADT) berkata, dakwaan dalam kandungan video terbabit mesti dipandang serius oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sebagai anak jati Melaka dan mewakili PUTRA Melaka, kami membantah sekeras-kerasnya pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mahupun mempunyai agenda atas kepentingan sendiri dan menggunakan harta kerajaan untuk diri mereka.

“Saya sudah membuat laporan polis semalam dan menyerahkan kepada pihak berwajib menjalankan siasatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam di Balai Polis Ayer Keroh dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Berita berkaitan
Kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan untuk sebutan 27 Mac
January 27, 2023· Isu semasa
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023· Isu semasa
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023· Isu semasa
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
5 jam lalu · Isu semasa
PM lantik anak jadi penasihat kanan
10 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
10 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
12 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok