Pusat Tarekat ditutup selepas dakwa Imam Mahdi muncui pada hari Arafah

August 6, 2022 · Isu semasa

Beberapa kepercayaan yang terpesong termasuk mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lepas, antara faktor pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah di Labu di sini ditutup selama enam bulan.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata berdasarkan maklumat, pemimpin pusat itu iaitu Habib Shah Firdaus Habib Ahmad bersama kira-kira 300 pengikutnya telah ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah selain menantikan kemunculan Imam Mahdi, lapor Bernama.

“Mereka ke sana pada Mac lepas, bagaimanapun ada dalam kalangan pengikutnya nampak perbuatan dilakukan Habib Shah Firdaus tidak betul dan hilang kepercayaan, jadi sebahagian mereka balik ke Malaysia dan buat laporan kepada jabatan mufti negeri,” katanya.

Mohd Yusof berkata pihaknya akan membuat siasatan dalam tempoh enam bulan itu selain turut berhubung dengan Konsulat Malaysia di Jeddah bagi mengenal pasti keberadaan Habib Shah Firdaus.

Beliau berkata sebelum ini tiada apa-apa isu melibatkan pusat itu malah ia turut berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 13 Ogos 2018.

Pusat berkenaan ditutup enam bulan berkuat kuasa 3 Ogos lepas berikutan aduan terdapat perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syarak bagi siasatan lanjut dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan membatalkan pendaftaran terekat tersebut atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof menasihatkan orang ramai khususnya pengikut tarekat mempelajari dan memahami ilmu akidah dan syariat dengan betul supaya tidak mudah diselewengkan mana-mana pihak.

Berita berkaitan
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Tentukan arah kiblat cara tepat petang ini
May 28, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Anak Zahid kalah pemilihan di Bagan Datuk sebagai Ketua Wanita Bahagian
March 12, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok