Pusat serantau Microsoft Corp di Malaysia AS$1b, jana 19,000 kerja

April 19, 2021 · Isu semasa

Penubuhan pusat data serantau pertama Microsoft Corp di Malaysia di bawah inisiatif ‘Bersama Malaysia’ yang dijangka bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang dijangka mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat (IT).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menurut International Data Corporation, tempias daripada pelaburan pusat data serantau ini mungkin diterjemahkan kepada penjanaan hasil berjumlah AS$6.9 (RM28.3) dalam ekosistem awan untuk setiap hasil AS$1 (RM4.2) yang dijana oleh Microsoft Malaysia daripada awan menjelang 2024.

Di bawah inisiatif itu, katanya, Microsoft juga membentuk lima perkongsian dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan termasuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Petronas, Celcom dan Grab.

“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Microsoft Bersama Malaysia, saya juga difahamkan oleh Microsoft bahawa kerjasama ini akan membantu memahirkan sehingga satu juta rakyat Malaysia (di pelbagai peringkat) menjelang akhir 2023.

“Saya harap kejayaan kerjasama ini akan menjadi teladan yang membantu merapatkan jurang digital dan memperkasakan setiap rakyat Malaysia menerusi penggunaan teknologi,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran inisitaif Microsoft Bersama Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Muhyiddin berkata inisiatif itu juga sejajar dengan peranan yang bakal dimainkan oleh pendigitalan sebagai pemangkin jangka sederhana dan panjang yang penting dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) akan datang dan juga Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).

Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia itu akan termasuk ‘Microsoft Azure’, yang akan membolehkan sesiapa sahaja mereka cipta dengan tujuan untuk menggunakan perkhidmatan dan keupayaan awan yang merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT); Microsoft 365, untuk berhubung, berkolaborasi, bekerja dari jarak jauh dan belajar secara dalam talian dengan instrumen produktiviti inovatif; serta Dynamics 365 dan Power Platform, untuk membina dengan pantas dan menguruskan penyelesaian perniagaan enterpris kritikal dengan aplikasi perniagaan pintar.

Sementara itu, perdana menteri berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi hab data serantau, dengan ketersediaan jalur lebar tinggi yang meningkat, ruang yang secukupnya, tarif kuasa yang berpatutan dan kini dengan kemunculan syarikat-syarikat hiperskala

Pada masa ini, katanya seluruh industri bergantung kepada data untuk mencapai pertumbuhan, dan terdapat banyak peluang bagi mereka yang mampu memanfaatkan permintaan yang tinggi di peringkat global bagi segala perkara berkaitan dengan data.

“Kita adalah sebuah negara yang kecil dengan impian data yang besar. Komitmen untuk melengkapkan negara dengan jalur lebar 5G dan meningkatkan kapasiti simpanan data hanyalah permulaan.

“Dalam kita menuju ke arah itu, Malaysia sentiasa bersedia untuk kekal di hadapan dalam bidang teknologi dengan memanfaatkan data untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bagi perniagaan, meningkatkan produktiviti ekonomi dan akhirnya mengukuhkan daya saing Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok