Pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya juga dilanda banjir kilat

November 14, 2022 · Isu semasa

Hujan lebat berterusan selama satu jam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian 3 petang itu, kawasan di Persiaran Seri Perdana di Presint 10, kuarters kerajaan Presint 11 A dan Klinik Kesihatan Presint 9 ditenggelami air kira-kira 0.3 meter, menurut laporan Bernama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Afizi Zolkifli berkata seramai 20 anggota digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.30 petang.

Beliau berkata kejadian disyaki berpunca akibat laluan air ke longkang yang tersumbat dan anggota bomba telah membersihkan saluran terbabit.

“Air surut sepenuhnya beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian dan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Air surut sepenuhnya selepas pihak bomba membersihkan longkang yang tersumbat. Tiada kenderaan rosak akibat kejadian itu,” katanya.

Mahathir Hasnan, 28, yang tinggal di kuarters Presint 11 A berkata kejadian terbabit pertama kali berlaku sejak beliau tinggal di situ pada 2014.

“Memang saya agak panik sebab air naik tiba-tiba… saya dan ahli keluarga lain buat keputusan alihkan barang elektrik ke tingkat atas.

“Kami juga alih kereta ke tempat tinggi… memang waktu itu hujan amat lebat,” katanya yang ditemui di rumahnya malam ini.

Insiden banjir kilat itu turut menarik perhatian calon-calon yang bertanding di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 antaranya Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH-PKR) yang menyantuni penduduk malam ini.

Jentera Barisan Nasional Putrajaya turut kelihatan bertemu penduduk di kawasan terjejas.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Undi18 punca Ku Nan tersungkur di Putrajaya
November 20, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
38 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok