Pusat kasino Genting Highlands akan ditutup sepenuhnya malam ini

Kasino di pusat peranginan terkenal, Genting Highlands.

Semua operasi membabitkan kasino di pusat peranginan terkenal, Genting Highlands di Bentong akan ditutup sepenuhnya bermula tengah malam ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihak polis sudah mengarahkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melakukan pemantauan dengan segera.

“Buat masa ini, memang (kasino) masih beroperasi dan pusat itu akan ditutup tengah malam ini.

“Kita juga sudah arahkan pasukan pematuhan SOP untuk memastikan pihak terbabit mematuhi arahan dikuatkuasakan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu Abd. Jalil berkata, kebanyakan premis lain di sekitar pusat peranginan itu sudah menghentikan operasi sejak seminggu lalu.

“Kita tidak mengeluarkan kompaun kepada mereka (pengendali kasino) kerana mereka mempunyai kebenaran untuk beroperasi sebelum ini.

“Kementerian Kesihatan pada 7 Mei lalu telah mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar, Kedah mengunjungi Genting Highlands dan telah didapati positif Covid-19.

“Namun kita tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan pelancong terbabit mengunjungi kasino terbabit atau tidak,” katanya.

Jumaat lalu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan SOP lebih ketat dikenakan terhadap sektor ekonomi, berkuatkuasa esok.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021