Punca 2 beradik maut tepi tong sampah diketahui selepas analisis

February 15, 2022 · Isu semasa

Punca kematian dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, Ahad lepas akan diketahui selepas proses analisis lanjut selesai.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata proses bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bermula jam 10 pagi hingga 3.15 petang tadi.

“Punca kematian sebenar masih belum dapat dipastikan lagi dan sedang menunggu analisis lanjut. Polis akan merujuk kepada Jabatan Kimia Malaysia di Pulau Pinang untuk sebarang hasil analisis berkaitan kematian dua beradik ini.

“Siasatan masih berjalan dan polis terpaksa menggunakan jurubahasa terhadap bapa kedua-dua mangsa yang tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya memetik laporan Bernama.

Pada Ahad, dua beradik itu ditemukan dalam keadaan terhuyung-hayang oleh bapa mereka yang berumur 36 tahun pada pukul 5.30 petang di kawasan tong sampah sebelum maut beberapa minit kemudian.

Bapa kepada dua kanak-kanak itu telah ditahan pada pukul 12.05 tengah malam, semalam dan kini sedang direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan
Ditipu jualan kereta terpakai dalam FB, wanita rugi RM132,000
June 7, 2023· Isu semasa
Disiasat polis, MB Kedah sedia dokumen 1 beg
June 7, 2023· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
June 7, 2023· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok