Pulau Pinang pula tarik darjah kebesaran Najib

September 15, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Pulau Pinang membatalkan dan memansuhkan keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang dikurniakan kepada Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.

Sebelum ini, darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diberikan Sultan Selangor turut ditarik balik.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohd Zakuan Zakaria, berkata Najib dianugerahkan DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada 2009.

“Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap beliau atas beberapa pertuduhan.

“Berdasarkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada beliau, keahlian beliau sebagai penyandang DUPN yang membawa gelaran Datuk Seri Utama adalah dibatalkan dan dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zakuan memaklumkan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Menurut Mohd Zakuan, pembatalan dan pemansuhan keahlian itu selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 6 dan 8 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta Peraturan 18 Statut Darjah Pangkuan Negeri 2011.

Pada 12 September lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran kepada Najib yang dianugerahkan pada 1992 dan 2004.

Selain itu, darjah kebesaran yang diberikan kepada Rosmah pada 2005 turut ditarik balik selepas disabitkan bersalah di mahkamah, sementara Najib pula dihukum penjara.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Haris Kasim berkata keputusan diambil oleh Sultan Selangor berhubung penarikan darjah kebesaran itu dibuat selepas baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.

Katanya, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada  1992.

Rosmah pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.

Berita berkaitan
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu· Isu semasa
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
16 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat
September 24, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok