Ustaz Kazim antara 16 penceramah dilarang di Pulau Pinang

November 4, 2022 · Isu semasa

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menamakan 16 individu dilarang mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri itu.

Memetik laporan Sinar Harian, kesemua individu tersebut dilarang susulan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Mereka adalah Datuk Kazim Elias, Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr Abdullah Yassin.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata satu pekeliling bertarikh 4 November 2022 telah dikeluarkan selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Kita telah menerima aduan awam dan mendapati 16 individu ini tiada tauliah mengajar daripada MAINPP.

“Oleh itu, pihak penganjur dilarang daripada menjemput 16 individu tersebut untuk menyampaikan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (4 November 2022).

Tambahnya, mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan tersebut bakal berdepan tindakan denda atau hukuman penjara.

Jelasnya, tujuan larangan itu dikuat kuasa bagi memastikan kesemua penceramah tersebut menghormati dan mematuhi kehendak perundangan syariah berhubung pentauliahan bagi memastikan hanya penceramah yang layak menyampaikan ilmu.

Katanya, larangan itu juga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan perselisihan pandangan yang boleh menjejaskan keharmonian antara jemaah masjid dan ahli qariah.

Berita berkaitan
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
6 jam lalu· Politik
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023· Isu semasa
Guan Eng yang ada kes mahkamah kata Sanusi merbahaya
May 31, 2023· Politik
Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang
May 31, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
4 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
4 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok