Pukul anak tiri: Pemandu lori diburu

Polis memburu seorang pemandu lori berusia 30 tahun selepas disyaki memukul anak tirinya yang berusia lima tahun, dengan perbuatan itu tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ramsay Anak Embol berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada ibu kanak-kanak lelaki berkenaan, semalam.

Katanya, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa anak lelakinya dipukul lelaki yang dinikahinya sebulan lalu.

“Hasil penelitian video yang tular itu, suspek didapati memarahi mangsa dan menampar serta memulas kedua-dua tangan mangsa. Wanita itu dilihat mempertahankan anaknya daripada terus dipukul oleh suspek dengan memeluk mangsa.

“Suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

BERITA BERKAIT
POPULAR