Video ‘puasa pun bodoh’: Polis siasat ikut seksyen berkaitan agama

April 18, 2021 · Isu semasa

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pekerja di sebuah restoran makanan segera di Klang, Selangor dimarahi pelanggan dengan kata-kata kesat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan, adalah berkaitan perbuatan menghasilkan sebarang bunyi ‘dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang’, adalah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh 1 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara, Seksyen 509 pula adalah berkaitan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

Mengikut seksyen itu, barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Arjunaidi berkata, kejadian kira-kira jam 1.30 petang semalam (Sabtu) berlaku akibat salah faham hingga mengeluarkan perkataan yang agak sensitif.

“Semasa pertengkaran itu mungkin ada keluar perkataan yang menyinggung perasaan dan tidak sepatutnya dikeluarkan,” katanya.

Katanya, polis sudah memanggil saksi dan individu terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya akan segera menyelesaikan kertas siasatan kes terbabit sebelum dibawa ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

[VIDEO] ‘Puasa pun bodoh’, teruk pekerja KFC kena dengan pelanggan

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia
July 25, 2023· Isu semasa
PRN: Majikan tak benar pekerja undi berdepan tindakan
July 11, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
18 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
18 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok