PRU boleh diadakan, tambah beberapa hari buang undi: penganalisis

August 16, 2021 · Isu semasa

Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik yang dihadapi negara adalah dengan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), ia dengan menambah beberapa hari kepada orang ramai untuk membuang undi, kata seorang penganalisis politik.

Penganalisis politik, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim mencadangkan supaya langkah tersebut diambikira sekiranya tidak mahu krisis politik berulang lagi selepas ini kerana kerajaan yang baharu memerintah juga akan masih memiliki majoriti tipis.

“Ini kerana sekalipun dibentuk kerajaan `rentas parti’ atau apa sahaja istilahnya dengan kedudukan majoriti tipis atau hakikat sebenar ‘kerajaan minoriti’, politik negara dipercayai akan terus bergolak lagi.

“Justeru, boleh difikirkan proses pengundian pilihan raya umum selama beberapa hari. Bukankah pilihan raya negeri pertama Sarawak pada 1969 dilangsungkan selama empat minggu secara berperingkat dari Sabtu, 10 Mei ke Sabtu, 7 Jun tahun berkenaan?

“Dalam sehari contohnya, dibenarkan kira-kira 500 keluar mengundi di satu-satu kawasan. Buat selama empat atau lima hari, dengan kawalan ketat di banyak saluran,” katanya lapor Utusan Online.

Singapura dan Korea Selatan sudah melangsungkan pilihan raya mereka tahun lepas semasa pandemik Covid-19 melanda dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP)

Ujarnya lagi, aspek teknikal dan pendekatan terbaik untuk mengendalikan PRU15 perlu difikirkan ia termasuk cara berkempen dalam bentuk norma baharu.

“Selain itu, isu-isu berkisar fitnah yang akan bertebaran, macam mana hendak simpan peti undi, sabotaj kertas undi dan lain-lain.

“Dalam hal ini, SPR boleh membuat keputusan penetapan jumlah hari atau tempoh waktu untuk buang undi berdasarkan keperluan dan situasi semasa. Ini bagi memastikan proses pilihan raya dilaksanakan dengan telus dan selamat,” katanya.

Tan Sri Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini kepada Yang di-Pertuan Agong kini terserah kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri (PM) baharu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini juga sedang merayu supaya semua parti-parti dalam blok tersebut menyokongnya sebagai calon PM baharu, namun majoriti dimilikinya menjadi pertikaian.

Ketika ini, masih samar-samar individu yang memiliki majoriti terbesar untuk dilantik sebagai PM baharu.

Berita berkaitan
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
5 jam lalu· Politik
Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson
August 12, 2022· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
August 11, 2022· Politik
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
36 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok