PRU-15 : Tol Gombak sesak sampai 17km

November 18, 2022 · Isu semasa

Trafik sesak sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak sejauh lebih 17kilometer (km) berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok (19 November 2022).

Laporan Sinar Harian menyebut kesesakan bermula dari jejambat Batu Caves (MRR2) sehingga ke susur Plaza Tol Gombak.

Kesesakan berlaku disebabkan pertambahan kenderaan menuju ke pantai timur melalui Lebuhraya Karak sempena cuti umum, hari ini.

Sementara itu Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) memaklumkan trafik sesak sejauh 17.4km bercantum dengan Plaza Tol Gombak bermula jam 11 pagi tadi.

“Kesesakan sejauh 5.7km turut berlaku dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan 3km dari Kilometer 51.8-44.8 (Lentang).

“Trafik turut dilaporkan perlahan sejauh 1.7km di LPT 1 Karak arah ke Kuantan berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Sementara Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan pantai timur, bagi tempoh 18 dan 20 November.

Terdapat dua pilihan waktu perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang memasuki Plaza Tol Gombak, hari ini iaitu pilihan pertama, ke Pahang (dari 10 pagi hingga 2 petang), Terengganu dan Kelantan (6 pagi-10 pagi) manakala 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Bagi pilihan kedua, Anih Berhad mencadangkan waktu perjalanan ke Pahang dari 8 malam hingga 11 malam manakala laluan ke Terengganu dan Kelantan dari 5 petang hingga 8 malam.

Bagi perjalanan menghala ke Lembah Klang pada 20 November, pengendali lebuh raya berkenaan mencadangkan jadual perjalanan dari Pahang (6 pagi-10 pagi), Terengganu (8 pagi-11 pagi), Kelantan (6 petang-8 malam) dan 12 tengah malam hingga 6 pagi bagi semua destinasi.

Berita berkaitan
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok