PRU-15: Polis sentiasa bersedia

October 4, 2022 · Isu semasa

Polis bersedia sepenuhnya untuk menjalankan tugasnya dan memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) berjalan lancar apabila ia diadakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, hari ini (4 Oktober 2022)

“Untuk PRU-15 yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan seperti mana tahun-tahun terdahulunya PDRM sentiasa membuat persediaan yang rapi.

“Polis bersedia sepenuhnya dari segi sumber manusia dan aset-aset bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

“Dengan persiapan yang telah kita lakukan, kita berdoa agar PRU-15 dapat dijalankan dengan lancar, aman dan terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis Marin ke-75 di Batu Uban, Pulau Pinang. Sidang media itu disiarkan dalam FB PDRM.

Spekulasi bahawa PRU-15 akan diadakan tahun ini mendapat momentum berikutan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis, 6 Oktober 2022.

Semalam, Perdana Menteri mengadakan pertemuan lima jam dengan Acryl Sani, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Acryl Sani dalam ucapannya memuji polis marin atas tindakan proaktif dan kecekapan mereka yang menyelesaikan 5,103 kes membabitkan penyeludupan manusia serta barangan seludup dan dadah bernilai kira-kira RM292,621,167 dari Januari hingga Ogos tahun ini.

Sebagai perbandingan, polis marin mengendalikan 4,463 kes dan merampas barangan terlarang bernilai kira-kira RM247,178,076 untuk tempoh masa yang sama tahun lepas.

“Peningkatan jumlah kes dan nilai rampasan bagi tempoh ini membuktikan tindakan proaktif polis marin membuahkan hasil,” tambahnya.

Menurut Acryl, persepsi orang ramai ialah polis marin hanya bertanggungjawab melindungi perairan negara.

“Pada hakikatnya, fungsi polis marin adalah lebih luas dan mencabar.

“Polis marin terdiri daripada salah seorang petugas barisan hadapan yang berusaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan penyelewengan sumber marin dan hasil hutan yang menyebabkan ketirisan hasil negara,” katanya.

Berita berkaitan
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
10 jam lalu· Politik
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
October 2, 2023· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok