PRU-15: Polis cari lima ‘marshal’ berlagak polis trafik

November 9, 2022 · Isu semasa

Polis sedang mengesan lima individu bertindak sebagai pengiring (marshal) konvoi motosikal yang berlagak seperti polis trafik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang, kelmarin (7 November 2022).

Individu terbabit dirakam dalam satu video yang tular menunjukkan mereka memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal membawa bendera parti politik yang sama menghalang laluan di lokasi berkenaan.

“Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat berkaitan sekumpulan penunggang motosikal yang menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain.

“Dalam video itu aksi lima penunggang motosikal dengan membawa bendera parti politik menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi berkenaan.

“Ia bagi memberikan laluan kepada lapan kenderaan yang dipercayai daripada parti politik yang sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengesan semua pemandu dan penunggang yang terbabit dalam kejadian tersebut.

“Tindakan mereka sebagai marshal dengan menahan dan mengawal kenderaan melalui lampu isyarat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.

“Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, hukuman individu yang melakukan kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000.

Ahmad Dzaffir turut menasihatkan semua parti politik supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok