PRU-15: Pindah segera jika diarah

October 22, 2022 · Isu semasa

Orang ramai mesti segera berpindah jika diarah berbuat demikian, kata Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tatkala musim tengkujuh Monsun Timur Laut, semakin hampir dan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Dalam catatan Twitter pada Jumaat (21 Oktober), APM berkata ini adalah mengikut Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221).

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa bersiap siaga dengan kemungkinan bencana alam yang berlaku pada musim tengkujuh yang bakal tiba, di samping persiapan menghadapi PRU-15 tahun ini.

“Sekiranya amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), bersedia untuk berpindah,” katanya.

APM turut menasihatkan orang ramai supaya antara lain membawa barangan keperluan seperti ubat-ubatan, makanan ringkas dan dokumen penting, sekiranya pemindahan diperlukan.

Sebelum ini, Pengarah Operasi dan Pengurusan Bencana APM Kolonel (PA) Sharudin Md Zain berkata agensi itu bersiap sedia untuk menghadapi Monsun Timur Lautr yang akan datang, dengan menyatakan bahawa tugasnya akan berganda-ganda mencabar jika ia melanda ketika PRU.

Beliau menambah usaha juga diambil untuk mendidik orang ramai mengenai respons terhadap bencana alam, termasuk bengkel persediaan bencana.

Sharudin berkata 10,510 anggota APM bersedia untuk dikerahkan bagi menghadapi bencana alam yang akan berlaku, begitu juga dengan aset-asetnya yang lain.

Ini termasuk 759 bot, 481 kenderaan seperti van dan ambulans, 5,772 jaket penyelamat, 6,010 pusat pemindahan sementara, 64,310 khemah C dan 144 unit penjana.

“Sebanyak 69 simulasi juga telah dijalankan di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut,” katanya.

Sharudin bagaimanapun berkata akan ada sedikit kesukaran sekiranya Monsun Timur Laut bertepatan dengan PRU-15, memandangkan berapa ramai pegawainya akan melaksanakan dua tugas.

“Ada kemungkinan pusat mengundi akan berada di lokasi yang sama dengan pusat pemindahan sementara. Walaupun begitu, agensi telah pun mempunyai strategi untuk memastikan kelancaran operasi sekiranya perkara ini berlaku.

“Ini termasuk menjalankan tugas kita di pangkalan pilihan raya, melakukan rondaan semasa tempoh pengundian, memastikan keselamatan orang ramai ketika membuang undi dan memberikan bantuan kecemasan atau rawatan jika perlu,” tambahnya.

Monsun Timur Laut, yang biasanya bermula pada pertengahan November dan berlangsung hingga Mac tahun berikutnya, menyaksikan peningkatan hujan dan banjir besar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
12 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok