PRU-15: PDRM hadapi kekangan penugasan jika berlaku banjir

October 12, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kekangan bakal dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berlaku banjir ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi melancarkan operasi bantuan dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.

“KDN juga dimaklumkan berkenaan kekangan yang bakal dihadapi oleh PDRM dalam menggerakkan operasi pengurusan banjir sekiranya kekuatan anggota PDRM juga perlu diatur gerakkan bagi penugasan PRU-15 selaras dengan Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Berdasarkan rekod, hampir 75,000 anggota polis telah ditugaskan bagi PRU ke-14. Bagi PRU ke-15, akibat peningkatan pengundi berusia 18 tahun ke atas secara automatik, PDRM menganggarkan lebih 94,000 anggota perlu ditugaskan daripada 120,000 kekuatan keseluruhan anggota PDRM,” katanya dalam kenyataan hari ini (12 Oktober 2022).

Beliau juga memberi peringatan kepada seluruh rakyat yang akan terkesan akibat bencana banjir untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, sentiasa berwaspada dan bertindak mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Terdahulu, beliau mendengar Taklimat Keselamatan dan Persediaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali.

Hamzah berkata berdasarkan taklimat yang diberikan, KDN melalui Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Bersepadu (JKPB) berpuas hati dengan persediaan dan kesiapsiagaan aset-aset strategik dan anggota PDRM yang boleh diatur gerak khusus bagi menghadapi bencana banjir besar pada bila-bila masa.

PDRM katanya, akan dibantu oleh jabatan dan agensi di bawah KDN yang lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Bagi aspek penugasan anggota dan pengurusan aset, seramai 21,018 orang anggota polis, 367 buah bot, 845 buah kereta pacuan empat roda, 454 buah lori dan 11 aset udara sedia untuk dikerahkan mengikut keperluaan dan perkembangan semasa.

“Selain itu, semua ketua-ketua polis daerah telah diarah untuk melakukan persedian awal bagi mengetuai pusat operasi pengurusan banjir di peringkat daerah masing-masing selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara, Dasar Pengurusan Bencana Negara (MKN 20),” katanya.

Menurut Hamzah seramai 4,367 pegawai dan anggota RELA bersama aset mereka iaitu 41 buah lori 3 tan dan 36 buah kenderaan pacuan empat roda juga dalam keadaan siap sedia untuk diatur gerak di lokasi-lokasi yang berpotensi dan dijangka berdepan banjir.

APMM pula ditugaskan memberi bantuan ke pulau-pulau khususnya penghantaran bekalan makanan dan keperluan asas dan juga pemindahan mangsa banjir dengan menggunakan pesawat udara.

Laporan daripada PDRM mengenai beberapa kawasan seperti di Tanjung Karang, Selangor; Baling, Kedah; Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak juga telah pun dinaiki air.

“Justeru itu, Pusat Pemindahan Banjir telah diaktifkan di kawasan tersebut dan misi bantuan juga telah diatur gerakkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

“KDN sentiasa komited dalam memantau dan memberi bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan bantuan kecemasan semasa bencana banjir. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-2266 3333/ 03-2266 3444/ 03-2266 3451 atau talian MERS 999,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok