PRU-15: Mangsa banjir meningkat lagi, UMNO dan BN pasti gembira

November 13, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir susulan musim tengkujuh yang telah bermula sekarang, terus meningkat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

PRU-15 terpaksa diadakan setelah Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diarah partinya supaya membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, walaupun pelbagai agensi kerajaan berpendapat pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika musim tengkujuh.

Pilihan raya sepatutnya tidak diadakan pada musim bencana kerana akan menyusahkan rakyat keluar mengundi. Namun UMNO dan Barisan Nasional mahukan peratusan keluar mengundi rendah untuk memberi peluang kepada mereka menang.

Sementara itu, sehingga jam 7 malam ini (13 November 2022), seramai 2,388 mangsa daripada 726 keluarga direkodkan berlindung di 25 pusat pemindahan sementara (PPS), di sepuluh daerah di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Kelantan.

Data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan dalam tempoh 24 jam sejak 4 petang tadi meningkat daripada 1,350 kepada 2,388 orang.

“Peningkatan mangsa signifikan ditunjukkan di Daerah Pasir Mas, Kelantan dan sementara kebanyakan PPS lain di enam negeri lagi menunjukkan tren menurut dan tidak berubah,” kata NADMA dalam kenyataan petang tadi.

NADMA juga memaklumkan pada jam 3 petang tadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan Notis Kesiapsagaan Kemungkinan Banjir Kilat bagi beberapa kawasan di Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Johor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Susulan itu, Nadma meminta penduduk yang berada dan tinggal di kawasan yang dinyatakan itu supaya bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, data JPS menunjukkan sungai di tiga negeri – Melaka, Kelantan dan Sarawak – merekodkan bacaan melebihi paras bahaya. Tiga negeri lagi (Negeri Sembilan, Johor dan Pahang) berada pada baras amaran dan lima negeri (Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Sabah) diparas waspada.

Di Melaka – Sungai Melaka di stesen penyukat Batu Hampar, Melaka Tengah, bacaan paras air melebihi tahap bahaya dengan catatan 2.38 meter (m), berbanding 1.30m paras normal.

Di Kelantan pula, paras air Sungai Golok, di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.76m berbanding 5.00m paras normal, manakala di Sarawak, Sungai Batang Baram di Long Jegan, Miri, melebihi paras bahaya dengan catatan 12.45m, berbanding 4.50m paras normal.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok