PRU-15: Majikan tak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi

November 10, 2022 · Isu semasa

Majikan tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau pemotongan gaji sekiranya pekerja tidak hadir bekerja untuk keluar mengundi pada Sabtu depan (19 November 2022).

Menteri Sumber Manusia sementara, Datuk Seri M. Saravanan berkata mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Beliau juga menggesa semua majikan dalam sektor swasta agar memberikan kebenaran kepada para pekerja untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Katanya majikan boleh berbincang dengan pekerja sama ada untuk memberikan ‘time-off‘, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Para majikan boleh ambil langkah-langkah seperti memberi ‘time off‘ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

“Bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada sehari untuk ke tempat mengundi pula boleh mengambil cuti tahunan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rakyat Malaysia bakal membuang undi pada 19 November 2022 bersamaan hari Sabtu bagi memilih wakil rakyat yang baharu selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
November 26, 2022· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
3,537 kes baharu, lapan kematian
November 24, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok