PRU-15 : Kes demam denggi naik, KP Kesihatan pesan pakai pakaian cerah

November 15, 2022 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gigitan nyamuk Aedes.

Menurutnya, kes demam denggi pada 6 November hingga 12 November (minggu epidemiologi  ke 45 tahun 2022) menunjukkan peningkatan kepada 22 kes (1.3%) kepada 1,715 berbanding 1,693 kes pada minggu sebelumnya dan dua kematian dilaporkan akibat komplikasi.

Semasa PRU-15 yang akan dilaksanakan hujung minggu ini, antara tindakan boleh diambil bagi mengurangkan risiko digigit nyamuk Aedes adalah dengan memakai pakaian yang berwarna cerah serta menutup anggota badan.

“Selain itu, gunakan bahan repelan pada bahagian anggota badan yang terdedah supaya tidak digigit nyamuk. Botol minuman atau bungkusan makanan perlu dibuang ke tempat pelupusan sampah yang disediakan.

“Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan persekitaran rumah sebelum meninggalkan rumah bagi tujuan mengundi di kampung halaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, sekiranya terdapat sebarang gejala demam denggi seperti demam tinggi secara tiba-tiba, sakit sendi, sakit pada belakang mata dan sakit kepala, orang ramai diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

“Jangan bertangguh. Jangan biarkan diri dan keluarga menjadi mangsa demam denggi,” katanya.

Tambahnya, nyamuk Aedes merupakan nyamuk yang aktif pada siang hari dan lewat petang dengan puncak gigitan antara jam 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam.

Dalam kenyataan sama beliau menyebut kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini mencecah 52,977 kes berbanding 22,581 kes bagi tempoh sama tahun 2021 sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 30,396 kes (134.6%).

Katanya, sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

“Jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan juga meningkat kepada 68 berbanding 50 lokaliti hotspot minggu sebelumnya.

“38 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10), Perak (1) serta Sarawak (1),” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
28 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
44 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok