PRU-15 : Dijangka ribut petir seluruh negara pada petang hari pengundian

November 17, 2022 · Isu semasa

Beberapa negeri diramal hujan bermula awal pagi hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, yang dengan dijangka dilanda ribut petir seluruh negara pada sebelah petang.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.

Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari namun katanya, MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.

“Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.

“Dalam pada itu, kejadian ribut petir yang diramal berlaku di hampir semua negeri di sebelah petang ini, ia hanya ribut petir yang biasa dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan,” katanya lapor Bernama.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Berita berkaitan
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
17 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Hadi sahkan ada pihak hubunginya tawar PAS sertai kerajaan campuran
May 27, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok