Proton rekod jualan tertinggi sejak 7 tahun

April 3, 2021 · Isu semasa

Proton Holdings Berhad (Proton) merekodkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat jualan 14,989 unit bulan lalu – tertinggi sejak tujuh tahun lalu.

Pencapaian itu menyaksikan pegangan pasaran Proton mencapai 23.5 peratus dan secara keseluruhan ia kekal pada kedudukan kedua dalam jadual penjualan.

Pada suku pertama tahun ini, Proton mencapai jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan angka itu adalah tertinggi dalam bahagian pasaran suku tahunan sejak Mac 2012.

Proton Saga kekal model paling laris dengan 5,589 unit telah dihantar, meningkat 32.5 peratus berbanding Februari lalu.

Model lain iaitu Persona, Iriz dan Exora mencatatkan angka terbaik mereka. Bagi Proton X50 pula, sebanyak 3,513 unit telah dihantar kepada pelanggan, manakala X70 menunjukkan kenaikan bulan ke bulan sebanyak 58.4 peatus kepada 2,337 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, setelah permulaan yang agak lemah, industri automotif negara akhirnya mencapai kemajuan pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) melebihi 63,000 unit, sekali gus menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka tahun ini.

“Bagi Proton, Mac adalah bulan penjualan yang sangat baik kerana kami mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan, tetapi merasakan pencapaian kami berkurangan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya kami dapat menghasilkan lebih banyak unit,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
Trauma melampau tanda gangguan mental
July 4, 2022
Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz
July 20, 2023
Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank
April 29, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok