Protokol ‘uji dan lepas’ VTL berkuat kuasa di dua lapangan terbang esok

March 15, 2022 · Isu semasa

Prosedur operasi standard kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja akan diseragamkan dan dilaksanakan berasaskan kaedah “uji dan lepas” mulai esok (16 Mac 2022).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong susulan pelaksanaan kaedah ‘uji dan lepas’ itu, pengembara tidak perlu menunggu keputusan ujian Covid-19 semasa ketibaan lapangan terbang.

“Penyeragaman ini adalah terpakai untuk ketibaan pengembara VTL di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mulai 16 Mac 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengembara sebaliknya, hanya perlu menjalani pengambilan calitan (swab) ujian Covid-19 semasa ketibaan.

“Mereka kemudian dibenar untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan sepertimana yang diisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dengan menaiki kenderaan pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa persendirian.

“Pengembara seterusnya perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 yang akan diperoleh dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Ka Siong berkata setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Bagaimanapun, sekiranya keputusan positif diperolehi, pengembara tersebut akan mengikuti protokol kesihatan sedia ada yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), katanya.

Penyeragaman ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara VTL By Air yang memasuki Malaysia dan memudahkan aspek penguatkuasaan di lapangan terbang.

Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia yang telah dikemaskini selaras dengan penyeragaman ini boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok