[KEMAS KINI] Prosiding bela diri Zahid sambung tahun depan

November 2, 2022 · Isu semasa

Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersambung Januari tahun depan, lapor Sinar Harian.

Prosiding yang dijadualkan berlangsung pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah itu ditangguhkan selepas peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata rayuan interlokutori dalam kes itu ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 14 November ini.

Untuk rekod, rayuan itu adalah atas permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah yang ditolak Sequerah pada 9 Mei lalu.

Hisyam yang mewakili Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, keputusan rayuan berkenaan penting bagi membantu mereka menentukan jumlah dan turutan saksi pembelaan yang akan dipanggil memberi keterangan kelak.

Sequerah kemudiannya membenarkan penangguhan prosiding dan menetapkan perbicaraan didengar selama 21 hari iaitu pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April dan 15 hingga 18 Mei 2023.

Ahmad Zahid, 69 berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Budaya politik dendam kembali selepas PH-BN berkahwin, DAP jinak dengan UMNO?
14 jam lalu· Politik
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok