Proklamasi Darurat: Mahkamah batal rayuan Khairuddin

April 7, 2022 · Isu semasa

Ahli Parti Pejuang Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini gagal untuk mengembalikan saman pemulanya berhubung nasihat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang memutuskan rayuan Khairuddin tidak kompeten kerana beliau gagal menyampaikan notis rayuan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam tempoh masa 30 hari dari perintah Mahkamah Tinggi seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 6 yang dibacakan bersama Peraturan 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan M Kogilambigai untuk membatalkan notis rayuan kerana terdapat kelewatan 17 hari penyampaian notis rayuan kepada AGC.

Memetik Bernama, beliau juga berkata Khairuddin tidak pernah memfailkan sebarang permohonan lanjutan masa bagi penyerahan notis rayuan itu, menjadikan tiada sebarang asas untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi membenarkan penyerahan di luar tempoh masa yang ditetapkan.

Hakim Hanipah yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Nordin Hassan, memerintahkan Khairuddin, yang kini Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan membayar kos RM5,000. Prosiding mahkamah dijalankan secara maya.

Terdahulu, Kogilambigai yang mewakili Muhyiddin dan kerajaan Malaysia, memberitahu mahkamah bahawa notis rayuan itu hanya diserahkan pada 11 Okt 2021, sambil menambah memandangkan notis rayuan tidak diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan, rayuan itu dianggap tidak kompeten.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Khairuddin, membantah dengan menyatakan notis rayuan itu tidak sepatutnya dibatalkan kerana saman itu adalah mengenai cabaran perlembagaan terhadap kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu dan sama ada beliau mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengakui notis rayuan tidak diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Peraturan dan tiada permohonan yang dibuat untuk melanjutkan masa bagi penyerahan notis rayuan di luar tempoh masa.

Beliau bagaimanapun berkata tiada prejudis terhadap AGC berikutan penyampaian notis rayuan di luar had masa.

Pada 24 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin dan kerajaan untuk membatalkan saman Khairuddin.

Khairuddin memfailkan saman pemula itu pada 18 Januari tahun lepas, antara lain memohon mahkamah memutuskan empat persoalan undang-undang dan keperlembagaan berhubung proklamasi darurat tersebut.

Muhyiddin dan kerajaan kemudian pada 17 Februari tahun lepas, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan tuntutan itu adalah mengaibkan, remeh, menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 23 Jun 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Khairuddin untuk merujuk empat persoalan undang-undang itu ke Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok