Projek tenusu di Perlis akan wujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan

March 29, 2022 · Isu semasa

Memorandum Kerjasama (MOC) antara Baladna Dairy Facility yang berpangkalan di Qatar dengan FGV Holdings Bhd dan FELCRA Bhd yang ditandatangani pada 2019 dijangka membuahkan hasil dengan pembangunan projek tenusu berskala besar di Lembah Chuping, Perlis.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata berdasarkan kerjasama strategik itu, projek tersebut menyediakan peluang besar kepada Malaysia dan Qatar untuk meningkatkan nilai dalam industri makanan Malaysia dan apa lebih penting lagi untuk memastikan keselamatan makanan di rantau ini, lapor Bernama.

“Di bawah usaha sama menarik Baladna, FGV Holdings Bhd dan FELCRA, kerjasama ini akan membawa pelaburan, kepakaran dan teknologinya untuk meningkatkan pengeluaran susu segar semasa Malaysia selaras dengan Agenda Keselamatan Makanan Nasional kami yang bertujuan mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import tenusu.

“Pada masa yang sama, pelaburan RM2 bilion akan mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing industri tenusu tempatan,” kata Mohamed Azmin menerusi catatan di akaun Twitternya,

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Azmin melawat Fasiliti Tenusu Baladna yang canggih, ia merupakan salah satu ladang lembu terbesar di Qatar.

Mohamed Azmin berkata Kemudahan Tenusu Baladna yang berkeluasan lebih dua juta meter persegi mempunyai kapasiti untuk menempatkan sehingga 24,000 ekor lembu dalam persekitaran yang selesa dan berhawa dingin.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok