Projek kapal tempur dedah kisah ngeri, ‘perkara tak kena’: PAC

August 12, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh percaya “ada perkara lain selain dari pengurusan yang lemah” berkaitan projek kapal tempur luar pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 bilion, yang hangat diperkata sekarang ini.

Menurutnya ‘kisah ngeri’ projek itu pasti melibatkan lebih daripada salah urus dan ada perkara yang amat tidak kena dengan mereka yang memegang kuasa serta yang menerima kontrak itu.

Untuk rekod, pemberian kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Barisan Nasional (BN)/UMNO memerintah iaitu bermula dengan surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) pada 2014.

Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan mulai 2009 hingga 2013, sebelum digantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussin.

Mengulas lanjut, Wong yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata ahli PAC telah mengadakan satu lawatan tapak ke limbungan kapal BNS di Lumut pada 11 Disember 2021.

Lawatan itu di gudang dan tapak pembinaan itu, katanya turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) Sharifuddin Md Zaini; Pengarah Projek LCS BNS Kapten (B) Ir Azhar Jumaat; dan bekas Ketua Pasukan Projek Tentera Laut, Datuk Ir Mohd Saiful Adli Chung.

“Perkara ini amatlah menyedihkan dan mengecewakan. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah, bagaimana sebuah syarikat yang mendapat kontrak yang bernilai RM9 billion dari kerajaan jadi sampai tahap sebegini? Perkara ini pastinya melibatkan lebih dari salah urus.

“Pastinya ada perkara lain selain dari pengurusan yang lemah. Ada perkara yang amat tidak kena dengan mereka yang memegang kuasa dan mereka yang mendapat kontrak ini.

“Kisah ngeri dalam keseluruhan Projek LCS ini patut menjadi pengajaran kepada semua yang memegang kuasa, baik pada masa sekarang, mahupun pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya PAC dibawa melawat 13 gudang simpanan yang menyimpan perkakasan berkaitan dengan projek LCS ini, dengan lima daripadanya secara khusus untuk perkakasan LCS dan lapan lagi digunakan sebagai Gudang Simpanan Am BNS yang mengandungi campuran perkakasan untuk LCS dan barang-barang lain.

“Kami melawat beberapa gudang simpanan. Terdapat perkakasan persenjataan, bahagian-bahagian untukr tujuan pembinaan kapal, dan barang-barang lain.

“Apa yang menonjol adalah beberapa bungkusan TV Pintar, untuk tujuan kegunaan LCS, disimpan di stor ini. Kita semua tahu yang TV Pintar ini tidak lagi pintar selepas beberapa tahun,” katanya.

Sehubungan itu, Wong berharap laporan PAC mengenai LCS dapat membantu negara, dengan menjadi rujukan tentang cara bagaimana proses perolehan pertahanan negara tidak sepatutnya dilakukan, dan bagaimana kuasa dan proses tidak patut disalahgunakan.

Isu kapal tempur itu menarik perhatian umum apabila PAC pada 4 Ogos lalu mendedahkan beberapa kelemahan dan kelewatan projek itu, walaupun kerajaan telah membayar sehingga RM6 bilion daripada keseluruhan kos pembinaan sebanyak lebih RM9 bilion.

PAC – badan dwipartisan di Parlimen – berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada BNS melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar. Mengikut garis masa kami, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan menjelang Ogos 2022.

Berita berkaitan
Surat tuntutan daripada peguam Latiff dihantar kepada juruaudit projek LCS
September 9, 2022· Isu semasa
SPRM masih siasat dakwaan penglibatan bekas Timbalan Menteri dalam skandal LCS
September 9, 2022· Isu semasa
Telefon Rafizi dirampas semasa memberi keterangan polis
September 3, 2022· Isu semasa
Rafizi beritahu dipanggil polis bantu siasatan skandal LCS
September 3, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
9 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
9 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok