Projek HSR ke JB mampu buka peluang pekerjaan, perniagaan

September 30, 2021 · Isu semasa

Rancangan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Johor Bahru, malahan juga ke utara untuk disambung dengan HSR dari Bangkok ke sempadan Malaysia-Thailand boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata negara memerlukan perancangan pembangunan penting atau ikonik yang boleh melonjakkan atau ‘spearhead’ pertumbuhan pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan pendapatan dalam jangka pendek dan sederhana.

“Impak projek seperti ini akan memberi kesan berganda dalam membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baharu serta pembangunan wilayah dan pengwujudan bandar-bandar baharu sepanjang laluan HSR.

“Ini sudah tentunya akan menghasilkan nilai berganda berbilion ringgit dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat termasuk masyarakat Bumiputera,” katanya di Dewan Rakyat hari ini semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Projek tersebut boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah pembiayaan swasta yang melibatkan konsortium kewangan dalam negara.

Jelasnya, langkah tersebut juga sejajar dengan matlamat negara untuk menuju Negara Berpendapatan Tinggi menjelang 2025, dengan Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat dari RM42,7554 kepada RM54,843.

“Dengan adanya dasar dan instrumen yang tepat dan pelaksanaan Game Changer yang agresif dalam RMK-12, sasaran ini tidak mustahil dicapai,” katanya lagi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) juga menegaskan langkah segera perlu diambil bagi menangani isu penggangguran dikalangan rakyat, ia ekoran ramai yang terjejas punca pendapatan mereka akibat pandemik yang melanda negara.

“Kerajaan perlu meneruskan tindakan proaktif di bawah Majlis Pekerjaan Negara untuk mencapai sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan pada tahun ini. Setakat ini 376,000 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan di bawah inisiatif kerajaan.

“Pada permulaan pelaksanaan RMK-12 ini, usaha mengenal pasti secara agresif golongan yang mengganggur akibat pandemik Covid-19 perlu diberikan keutamaan,” ujarnya lagi.

Beliau turut menggesa semua pihak untuk bersatu dan mengenepikan fahaman politik demi memacu negara ke arah pemulihan yang mampan disamping mengembalikan kegemilangan negara.

Sekarang adalah masanya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatulah atas nama anak Malaysia dengan semangat wira seumpama berperang melawan musuh durjana.

“Kita sudah hampir menang melawan musuh halimunan, Covid-19, sasaran kita kini adalah untuk mendokong usaha Kerajaan memulihkan negara yang kita cintai ini dan membawa Malaysia kembali ke puncak kegemilangan dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Berita berkaitan
Bekas Exco Johor terlepas hukuman mahu fokus kepada keluarga
August 7, 2022· Uncategorized
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
PRU-15, mungkin penggal akhir: Muhyiddin
July 30, 2022· Politik
Umat Islam tidak boleh cepat mengalah, berputus asa: Muhyiddin
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Najib terkejut tak dapat tangguh perbicaraan, permohonan ditolak
August 16, 2022
Sedia berdepan jika didakwa di mahkamah, kata Hishammuddin
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
3,429 kes, 9 kematian dan empat kluster baharu Covid-19 semalam
2 jam lalu · Isu semasa
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
13 jam lalu · Isu semasa
13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS
14 jam lalu · Isu semasa
Senator gesa tubuh RCI siasat skandal LCS, nyahklasifikasi dokumen sulit
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok