Projek dibatal belum bermula, bagaimana boleh jimat? Tuan Ibrahim

March 1, 2023 · Isu semasa

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempersoal rasional disebalik penamatan tiga projek tebatan banjir (RTB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai langkah penjimatan.

Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Kubang Kerian itu berkata tiga projek yang ditamatkan itu sebenarnya belum lagi bermula dan ada antaranya masih lagi dalam proses rundingan.

Justeru, beliau hairan dengan pengumuman perdana menteri mengenai penamatan ketiga projek itu kerana urusan untuk melaksanakannya mematuhi peraturan ditetapkan seperti dibenarkan Kementerian Kewangan.

“Dalam bajet yang lalu, menteri (kewangan) telah pun mengumumkan untuk menamatkan enam projek tebatan banjir dan dengan penamatan ini, kerajaan dapat penjimatan RM2 bilion.

“Saya rasa pelik sebab projek yang dia nak tamatkan ini belum dimulakan, belum dilaksanakan pun dan belum ada surat setuju terima pun malah belum dilantik melaksanakan.

“Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh umum nak tamatkan benda (projek) yang belum mula? Yang peliknya dapat penjimatan. Saya fikir kalau kita tunda pun projek tersebut sebab setiap kali penangguhan akan berdepan dengan kerugian.

“Sebabnya setiap kali penangguhan projek ini akan melibatkan kos lebih meningkat. Yang keduanya ia juga mendatangkan kesan kepada setiap kali musim bencana berlaku, maka negera kerugian antara RM6 bilion ke RM7 bilion setiap kali banjir.

“Saya fikir saya perlu mendapatkan penjelasan. Dalam pembentangan (Ahli Parlimen) Tambun menyebut tiga projek RTB Golok Fasa 3 walhal Fasa 2 pun belum mula. Fasa 3 kontraktor pun belum dilantik. Macam mana nak jimat?” katanya ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh projek kolam takungan dwifungsi Sungai Rasau, Tuan Ibrahim menjelaskan kontraktor bagi projek itu pun belum dilantik lagi dan masih diperingkat perundingan.

Tambah pula, beliau berkata projek RTB Sungai Segamat pun belum dimulakan lagi.

“Saya fikir Dewan Rakyat perlu penjelasan jelas terhadap perkara ini kerana perdana menteri pada sesi lalu melihat bahawa peruntukan ini, RM15 bilon yang diberi…sebab sebahagian besar projek yang tertunda ini sejak daripada Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) lagi.

“Sebab itu saya menyambut baik hasrat perdana menteri pada sesi lepas yang telah memperuntukan satu jumlah yang segera, supaya isu banjir dapat kita muktamadkan dan kita tidak lengahkan.

“Saya harap jangan setiap kali bertukar kerajaan akhirnya apa yang telah dirancang terpaksa dirombak balik dan terpaksa diubah semula, seolah-olah apa yang dibuat dalam sistem sama ada tender terbuka atau terder terhad atau rundingan terus kepada perkara yang segara kerana ia masih lagi dalam peraturan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok