Program Visa Premium diperkenal pikat hartawan global: Hamzah

September 1, 2022 · Isu semasa

Malaysia memperkenalkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia bagi menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya program berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan itu, yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh kerajaan, bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Program itu akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Oktober 2022, katanya menurut Bernama.

Hamzah berkata PVIP Malaysia disasarkan kepada hartawan global dari semua negara asing kecuali Israel dan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Beliau berkata peserta program akan diberikan manfaat berupa kelulusan sehingga 20 tahun, kebenaran belajar, kebenaran membeli hartanah seperti bangunan kediaman, bangunan perdagangan atau industri dan membuat pelaburan secara aktif dalam bidang yang dibenarkan.

“Peserta program juga dibenarkan untuk bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan yang sah mengikut undang-undang negara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Bagi memastikan pelaksanaan PVIP Malaysia tidak menggugat aspek keselamatan dan kedaulatan negara, Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan dasar kawalan antaranya pengenalan siling bilangan peserta, iaitu prinsipal dan tanggungan pada satu-satu masa tidak melebihi satu peratus dari jumlah warganegara Malaysia.

“Kalau warganegara sekarang 30 juta, maka bermakna hanya satu peratus (peserta) mesti ada dan ia merupakan satu jumlah siling yang merangkumi juga (peserta) Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H),” katanya.

Mengenai syarat penyertaan, Hamzah berkata PVIP Malaysia terbuka kepada semua kategori umur dan mempunyai bukti pendapatan (offshore income) sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan atau RM480,000 secara tahunan.

Syarat lain adalah pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan tiada pengeluaran dibenarkan ke atas nilai prinsipal, manakala pengeluaran sebanyak 50 peratus daripada nilai prinsipal dibenarkan selepas setahun menyertai program bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan.

Beliau berkata KDN menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 peserta dalam tahun pertama program itu dilaksanakan, dengan anggaran hasil kepada negara sebanyak RM200 juta dan simpanan tetap sebanyak RM1 bilion.

“KDN berkeyakinan program ini mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing yang akan mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Di samping itu, permintaan mata wang Ringgit Malaysia juga akan meningkat dan nilainya akan mengukuh berbanding mata wang negara asing,” katanya.

Beliau berkata KDN memberi jaminan bahawa Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan program PVIP Malaysia itu menepati dasar dan matlamat pelaksanaannya.

Berita berkaitan
Tahan Bendahari Bersatu, tekanan untuk cari kesalahan tidak wujud kata Hamzah
March 4, 2023· Uncategorized
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
February 1, 2023· Politik
Pengundi Larut mahu Hamzah kekal, lompat parti bukan isu
November 7, 2022· Politik
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
RM60.71b tambahan bajet terbesar dalam sejarah, kata Mat Maslan
March 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok