Program Subsidi Upah di bawah PERKESO dilanjut sebulan

May 31, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Subsidi Upah di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia melibatkan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja dengan setiap permohonan ditanggung oleh kerajaan.

Katanya, lanjutan tersebut dijangkakan memberikan kesan kepada sebanyak 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan akan mendapat manfaat.

“Selain itu, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan diberikan pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021.

“Pada masa yang sama, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran e-LATiH secara percuma yang melibatkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 sebentar tadi.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

“Selain itu, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini (Isnin) sehingga 31 Disember 2021,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok