Program Imunisasi dipercepat dengan bantuan dana KWAN

May 5, 2021 · Isu semasa

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapata dipercepatkan dengan bantuan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) sebanyak RM5 bilion bagi memperluaskan pemberian vaksin dan lebih menyeluruh kepada rakyat.

Pengarah Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican menjelaskan perubahan keadaan ekonomi dan peningkatan kes Covid-19 menyumbang kepada peningkatan kos perolehan vaksin berbanding peruntukan sebanyak RM3 bilion yang asal dalam pembentangan Belanjawan 2021.

“Adalah sangat penting untuk negara mencapai imunisasi kelompok. Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyegerakan pelaksanaan supaya program imunisasi dapat diselesaikan menjelang hujung tahun 2021.

“Keputusan itu telah meningkatkan kos dalam pelbagai aspek. Satu isu yang dihadapi bukan sahaja Malaysia, tetapi juga negara lain iaitu untuk mendapatkan ketetapan pembekalan kerana terdapat ketidaktentuan bila vaksin akan sampai,” katanya lapor Bernama.

Setakat 30 Dis 2020, dana terkumpul KWAN adalah sebanyak RM19.5 bilion.

Antara faktor lain yang meningkatkan kos pembekalan vaksin adalah keputusan kerajaan menyumberluar program vaksinasi kepada hospital swasta yang melibatkan kos sebanyak RM200 juta, katanya.

Johan turut menolak tanggapan perolehan vaksin yang lambat berbanding dengan negara maju.

“Malaysia adalah negara membangun, tidak di landasan yang sama dengan negara maju yang menggunakan kelebihan mereka untuk mendapatkan pembekalannya lebih awal serta pengaruh mereka kepada syarikat farmaseutikal.

“Kerajaan juga telah mendapatkan bekalan dalam tempoh masa yang munasabah,” kata Johan.

Beliau berkata dana KWAN yang digunakan oleh kerajaan bagi pembekalan vaksinasi COVID-19 adalah secara geran dan keperluan menggunakan dana tersebut adalah berasas untuk mengembalikan negara kepada keadaan sebelum krisis kesihatan tersebut.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
3 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok