Program Agong ditangguh, Tajuddin belum terima watikah lantikan duta

June 20, 2022 · Isu semasa

Istana Negara mengumumkan penangguhan semua program melibatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat.

Pengumuman tersebut dibuat Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini menerusi satu kenyataan di Facebook.

Untuk rekod, Agong dijadual menganugerahkan watikah pelantikan kepada bakal-bakal duta, termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baharu dilantik kerajaan sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia.

Bagaimanapun, Istana Negara tidak menyebut program-program yang ditangguhkan tersebut.

Ahmad Fadil memberitahu baginda menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur kerana gering di bahagian kaki.

“Seri Paduka dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata rakyat diseru bersama-sama mendoakan semoga Seri Paduka dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan.

Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dilantik duta oleh kerajaan yang diumumkan juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, isu pelantikan Tajuddin menerima kritikan banyak pihak yang berpendapat tidak sepatutnya kerajaan melantik Tajuddin bagi penting itu, ia memandangkan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berhubung kemalangan LRT sebelum ini.

Susulan itu, Tajuddin juga dipecat sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd tahun lalu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Muhyiddin, keluarga ucap selamat menyambut Deepavali
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok