PRN Sarawak diteruskan walaupun bimbang penularan Omicron

December 3, 2021 · Isu semasa

Kemunculan varian baharu lebih merbahaya, Omicron tidak akan menghalang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak daripada diadakan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dikenakan dengan mengambil kira kemunculan varian baharu, Omicron dan syor itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

“SOP sudah hampir siap dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi satu dua perkara untuk kita kemukakan kepada SPR.

“Sudah pasti perkembangan terbaru diambil kira supaya SOP yang akan dikemukakan kepada SPR itu adalah lebih ketat agar tidak ada penularan berlaku pada PRN berkenaan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Jelasnya lagi, beberapa langkah lebih ketat disyorkan tetapi tidak memperincikan dengan lebih lanjut berhubung SOP baharu tersebut.

Terdahulu, Khairy juga mengesahkan penemuan kes positif pertama Omicron dalam negara melibatkan seorang pelajar swasta.

Individu tersebut merupakan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit Covid-19 di semua PMA dan survelan makmal yang dilaksanakan secara berterusan, kes pertama positif varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia,” katanya.

KKM juga sudah mengambil tindakan dengan mengenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Menurut KKM, pelajar tersebut dalam perjalanan dari KLIA ke Ipoh didapati menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan,” katanya kenyataan itu lagi.

Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian yang dibimbangi (variant of concern – VOC) Omicron pada 24 November 2021, IMR mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua sampel positif yang disaring di PMA KLIA sebagai inisiatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genompenuh (whole genome sequencing – WGS).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok