PRN Melaka: Sabtu cuti khas

Kerajaan Melaka mengisytiharkan Sabtu ini, 20 November 2021, sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata penetapan Hari Kelepasan Am Khas itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Ia bagi membolehkan rakyat Melaka menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

BERITA BERKAIT
POPULAR