PRN Melaka: Kempen di media sosial dilarang selepas 11.59 malam ini

November 19, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka supaya menghentikan kempen, termasuk menerusi media sosial, mulai tengah malam ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua pihak tidak boleh lagi merayu undi di luar pusat mengundi dan media sosial selepas jam 11.59 malam ini.

“Tempoh rasmi berkempen akan tamat pada 11.59 malam ini dan selepas tempoh berakhir, sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi hendaklah dihentikan.

“Mana-mana pihak tidak boleh merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding adalah dilarang membuka, membina atau menyelenggara barung semasa hari mengundi. Mana-mana pihak yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan undang-undang,” katanya yang menjelaskan 217 pusat mengundi melibatkan 1,109 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang esok.

Seramai 476,037 pemilih akan menunaikan kewajipan membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan susulan tumbangnya kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ikmalrudin juga menasihatkan semua pemilih supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Namun demikian, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir,” katanya.

Beliau juga mengingatkan majikan supaya membenarkan pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi dan mana-mana majikan yang tidak membenarkannya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan.

Selain itu, semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan, menggunakan sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal pada hari pengundian.

Beliau berkata bagi pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau pegawai kesihatan.

“Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut manakala individu yang diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (PUS) dan individu yang bergejala yang sedang dalam rawatan (PUI) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah, untuk keluar sementara ke Pusat Mengundi,” katanya.

Bagi kelancaran proses pengundian, SPR mengingatkan semua pihak khususnya pengundi, calon dan petugas supaya tidak memakai baju, topi, pelitup separuh atau membawa material yang mempunyai nama, simbol, gambar parti atau calon yang bertanding atau bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen ke pusat mengundi.

Mana-mana pengundi atau individu yang gagal mematuhi boleh dihalang dari memasuki pusat mengundi dan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya berbuat demikian.

Ikmalrudin berkata bagi kelancaran proses pengundian, SPR telah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya bagi memastikan semua peralatan lengkap dan berada dalam keadaan baik.

Peralatan berkenaan diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap saluran mengundi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok