PRN Johor boleh diteruskan, SOP sudah siap, kata Menteri Kesihatan

February 7, 2022 · Isu semasa

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan syor bagi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) telah dimuktamadkan dan telah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pilihan raya itu boleh diteruskan kerana jangkitan varian Omicron Covid-19 terbukti hanya menyebabkan gejala ringan, lapor Bernama.

“Pendirian KKM adalah, memandangkan Omicron, setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti (varian) Delta maka pilihan raya negeri boleh diteruskan,” katanya dalam sidang media perkembangan situasi Covid-19 di sini hari ini.

Khairy berkata SOP PRN Johor akan diumumkan kelak.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN untuk diadakan.

SPR dijangka bermesyuarat dan mengumumkan tarikh PRN Johor Rabu ini.

Sementara itu, Khairy berkata bagi mengawal penularan mendadak varian Omicron, majikan digalakkan meneruskan dasar bekerja dari rumah bagi pekerja mereka atau melaksanakan sistem penggiliran bekerja.

Khairy berkata majikan juga disaran membantu pekerja yang bergejala membuat ujian swab dengan menyediakan kit ujian dan pelitup muka berkualiti tinggi.

“Kita juga rayu majikan dapatkan insentif untuk mengubah suai sistem pengudaraan di tempat kerja yang disediakan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menyarankan supaya orang ramai mengaktifkan “MySejahtera Trace” di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak rapat.

Beliau juga memberi peringatan kepada pemilik premis untuk meningkatkan kawalan kemasukan pelanggan dengan menyemak status risiko dan vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera pelanggan.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
PRU-15 tak sesuai semasa musim banjir, kata Khairy balas Zahid nak redah
September 21, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
5 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
6 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok