Presiden UMNO ‘tak sedar’ Pelan Pemulihan Ekonomi sudah dilancar

April 6, 2021 · Isu semasa

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mula ‘merendahkan suaranya’ dengan mengajak rakyat bersama-sama membantu kerajaan memulihkan ekonomi negara.

Tetapi, kenyataan yang dikeluarkan malam tadi menimbulkan kekeliruan apabila beliau mengatakan adalah lebih baik Pelan Pemulihan Ekonomi (PPE) dirangka dan diserap sebagai ‘ekonomi patriotisme’ bagi memulihkan negara bangsa.

“Saya melihat dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum berakhir, alangkah elok sekiranya Pelan Pemulihan Ekonomi (PPE) dapat dirangka dan diserap sebagai ‘patriotisme economic’ bagi memulihkan negara bangsa.

“Saya melihat pada saat ini orang ramai dan pakar boleh menyumbangkan idea tentang apa yang boleh dilakukan bagi menghidupkan semula sektor ekonomi sekaligus menyemarakkan pembangunan negara.

“Boleh saya katakan ekonomi negara ketika ini tenat dan kita tidak boleh bergantung harap hanya pada kerajaan. Maka dalam situasi yang serba mencabar, rakyat boleh menzahirkan ilham bagaimana mahu memulihkan ekonomi dengan kerajaan wajar menerima buah fikiran mereka,” kata Zahid.

Ekonomi patriotisme itu adalah agenda yang beliau bentangkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu lalu, sekali gus menjadi kerangka manifesto UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Namun, tidak pasti sama ada beliau sedar atau tidak bahawa PPE telah dilancarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak awal bermulanya pandemik Covic-19, bagi mengurangkan beban rakyat dan merancakkan semula sektor ekonomi negara.

Antara PPE yang dilancarkan ialah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang akan memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan B40 dan M40. Ia dilancarkan pada 27 Mac 2020.

Pada 5 Jun kerajaan juga melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan berjumlah RM35 bilion bagi memulihkan sektor ekonomi negara.

Turut dilancarkan ialah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok