Premis kilang degil, individu banyak dikenakan kompaun semasa Op Patuh

July 3, 2021 · Isu semasa

Premis kilang, pekerja dan individu antara yang banyak dikenakan kompaun pada hari kedua Operasi Patuh (Op Patuh) kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Jumlah kompaun yang banyak menunjukkan masih terdapat pemilik premis dan individu yang berdegil dan ingkar SOP, antara kesalahan dikesan tiada alat pengimbas suhu dan beroperasi tanpa surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Op Patuh yang dijalankan serentak secara besar-besarkan di seluruh negara bermula semalam itu, melibatkan 21 kementerian yang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri.

Menurut laporan Bernama, Di Selangor, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Embol berkata, sebanyak lima kompaun dikeluarkan melibatkan nilai keseluruhan RM50,000 kepada majikan, kerana didapati melakukan kesalahan beroperasi tanpa surat MITI, lebih kapasiti 60 peratus pekerja dan bukan perkhidmatan perlu.

“Manakala enam kompaun dikeluarkan kepada pekerja, RM2,000 setiap seorang kerana gagal mengimbas suhu dan dua premis iaitu sebuah bengkel kereta di Bukit Jelutong dan sebuah kilang membuat barangan plastik, Seksyen 16 diarahkan tutup serta merta,” katanya selepas operasi pemantauan Op Patuh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, sebanyak dua kilang di daerah itu dikenakan kompaun semalam, kerana tidak menyediakan alat pengimbas suhu dan nama pekerja tiada dalam senarai MITI.

Di Johor, sebanyak 77 kompaun dikeluarkan dengan nilai keseluruhan kira-kira RM770,000 atas kesalahan ketidakpatuhan SOP, melibatkan 48 kompaun dikeluarkan terhadap perbadanan atau pemilik premis, manakala 29 lagi ke atas pekerja atau pelanggan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan hari ini berkata, daripada jumlah itu empat premis diarah tutup serta-merta kerana melanggar SOP utama, manakala lapan kompaun dikeluarkan atas kesalahan melebihi kapasiti datang bekerja 60 peratus, dan salah guna surat kebenaran beroperasi daripada MITI.

Ayob Khan berkata kesemua kompaun yang dikeluarkan hasil 22 operasi yang dijalankan ke atas 120 premis iaitu 100 kilang, 14 premis perniagaan, tiga pasar raya dan tiga terminal bas membabitkan 503 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan.

Di Pahang, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan hari ini berkata, sembilan pekerja kilang warga tempatan berusia antara 20 hingga 55 tahun dikompaun RM1,500 setiap seorang, kerana gagal mengimbas aplikasi kod QR MySejahtera semasa hadir bekerja.

Selain itu, 10 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan China, berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan kerana gagal mengimbas kod QR MySejahtera, dan pelbagai kesalahan berkaitan Imigresen.

Katanya, dua kilang masing-masing dikenakan kompaun RM10,000, selepas didapati beroperasi dengan kapasiti pekerja melebihi 60 peratus pada pemeriksaan Op Patuh di sekitar daerah Bentong, semalam.

Di Pulau Pinang, sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam operasi semalam, melibatkan pemeriksaan di 309 premis perniagaan dan 136 kilang sekitar negeri itu.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak dua premis dan sebuah kilang diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok