Prasarana pantau laporan kata ada elemen rasuah dalam tiga projek

May 30, 2022 · Isu semasa

Syarikat pengoperasian pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memandang serius laporan media yang memetik sumber mendakwa terdapat elemen rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam di negara ini.

Prasarana dalam kenyataan di sini hari ini (30 Mei) memaklumkan projek terbabit membabitkan Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Prasarana tidak berkompromi dengan apa jua bentuk gejala rasuah dalam semua urusannya.

“Pihak kami akan mengikuti rapat perkembangan kes dan berhubungan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan gambaran yang tepat sebelum mengambil langkah susulan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Utusan yang memetik sumber memberitahu bahawa beberapa individu kenamaan dan syarikat berkepentingan kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), susulan dakwaan menerima rasuah bagi menjayakan projek-projek awam.

Ia selepas pihak berkuasa Pe­rancis menerima dakwaan serius membabitkan tiga syarikat kejuruteraan yang menjalankan projek Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT) melakukan penipuan dan rasuah.

Satu sumber dilaporkan berkata SPRM kini meneliti secara menyeluruh me­liputi tiga skop iaitu projek Transit Aliran Ringan LRT di sebuah lokasi, MRT dan LRT3.

Ketiga-tiga projek mega itu membabitkan nilai RM30 bili­on dalam tempoh sejak 2011 sehingga kini.

Menurut sumber itu, projek berkenaan didakwa dilaksanakan oleh syarikat di Malaysia yang dikaitkan dengan sebuah konglomerat Perancis yang terkenal dengan kes penipuan kerana memalsukan ujian keselamatan dan kualiti yang dijalankannya.

Katanya, salah satu daripadanya dikatakan adalah syarikat senarai awam Perancis yang memulakan projek infrastruktur mega di beberapa negara termasuk lebuh raya, lapangan terbang dan perumahan.

Bagaimanapun, syarikat itu kemudiannya didakwa menjalin kerjasama dengan beberapa syarikat berkepentingan awam di negara ini.

“Difahamkan pembayaran rasuah mungkin berlaku bagi tujuan mendapatkan projek-projek ini daripada pengurusan tertinggi Prasarana.

“Satu siasatan dilakukan pihak berkuasa Perancis, SPRM kemudian mula meneliti isu penyelewengan tersebut sejak Mac lalu mungkin berlaku dalam projek-projek awam di negara ini,” kata sumber itu.

elas sumber, syarikat itu menggunakan perkhidmatan firma yang berpangkalan di Hong Kong bagi menyelia projek pembinaannya di Malaysia.

Difahamkan, siasatan terhadap anak syarikat terlibat di Malaysia bukan kali pertama dijalankan terhadap firma Perancis yang mempunyai projek di lebih 10 negara membangun di Asia dan Afrika.

Ini kerana, satu daripada anak syarikatnya dikenakan sekatan oleh Bank Dunia berhubung amalan penipuan berkait projek pembangunan lapangan terbang di Madagascar pada awal tahun ini.

Bank Dunia yang membiayai sebahagian projek itu berkata, syarikat tersebut mengatur pertemuan yang tidak wajar dengan pegawai kerajaan semasa pemberian tender bagi konsesi selama 28 tahun untuk mengendalikan lapangan terbang itu.

Berita berkaitan
Pesuruhjaya Kehakiman larang pihak luar buat kenyataan kes rasuah Syed Saddiq
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
16 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022· Isu semasa
Permohonan Rosmah cuba singkir lagi Sri Ram didengar 6 Julai
June 30, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok