Prasarana anjur program sahur hargai petugas barisan hadapan

April 15, 2021 · Isu semasa

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menganjurkan satu program juadah makan sahur untuk anggota polis dan kakitangan hospital sebagai penghargaan kepada wira-wira barisan hadapan dalam perjuangan membanteras wabak Covid-19.

‘Singgah Sahur Bersama Frontliners’ yang dilancar Prasarana semalam bermula di sekitar Lembah Klang dan diteruskan ke Pulau Pinang melalui Rapid Penang.

Program yang dianjurkan tersebut menyaksikan juadah dihantar menggunakan bas RapidKL kepada wira-wira barisan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Muhammad Yazurin Sallij berkata sumbangan ini diharap akan menyuntik semangat mereka meneruskan usaha melawan penularan pandemik ini yang masih belum selesai sehingga sekarang.

“Sebenarnya sesi ni adalah inisiatif yang kami namakan Kongsi Rezeki yang satu daripada (manfaatnya), kami ambil peluang…untuk berjumpa petugas barisan hadapan.

“Mereka ini petugas barisan hadapan yang tak selesai lagi tugas mereka jadi kami datang untuk tunjukkan sokongan kepada mereka dan kami harap yang lain boleh ikut sama,” katanya.

Malam tadi Prasarana menghantar juadah sahur ke balai-balai polis di daerah Kajang dan Hospital Besar Serdang.

Malam ini, Prasarana akan meneruskan misi yang sama ke Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Sri Hartamas dan Balai Bomba Sentul serta di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Serdang, Nur Aiena Othman menyifatkan inisiatif Prasarana menyumbangkan juadah sahur ini bertepatan dengan keperluan petugas yang mengalami kesukaran untuk mencari premis makanan ketika sedang melaksanakan tugas.

“Terima kasih kepada pihak Prasarana kerana sudi menjadi agensi atau organisasi pertama yang membantu kami pada waktu sahur, biasanya waktu sahur di sini tak ada premis makanan, kadang-kadang mereka (petugas) hanya bawa bekal biskut ataupun roti,” katanya.

Antara inisiatif lain Prasana bagi menyokong aspirasi #KongsiRezeki Kerajaan adalah kempen Rapid KL Support Lokal 2.0 yang dilancarkan pada 9 April lepas untuk membantu peniaga makanan di sepanjang jajaran pengangkutan RapidKL dan usahawan dalam talian serta Bazaar Ramadan di stesen-stesen LRT terpilih.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Program Agong ditangguh, Tajuddin belum terima watikah lantikan duta
June 20, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
3 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok