Prasarana ambil langkah mantapkan SOP keselamatan LRT

June 11, 2021 · Isu semasa

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengambil langkah segera memantapkan lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sistem keselamatan, operasi dan penyelenggaraan rel Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang beroperasi secara automatik tanpa pemandu.

Dalam kenyataan di laman Facebook RapidKL hari ini Prasarana berkata langkah pemantapan segera SOP diambil dan berkuat kuasa mulai 30 Mei lalu.

Antaranya ialah menetapkan keperluan dua ‘hostler’ bagi segala pemanduan tren manual untuk jajaran di bawah terowong untuk LRT Laluan Kelana Jaya antara stesen Pasar Seni dan Damai.

Selain itu, OCC dan Hostler diwajibkan memastikan arah pergerakan tren yang dipandu adalah betul, tanpa sebarang kesangsian dan rasa ragu-ragu, serta membuat tambahan zon perlindungan atau ‘Manual Route Reservation (Automatic Train Protection) Buffer Zone’ kepada tren-tren yang terputus hubungan bagi memastikan tren berhenti pada jarak yang lebih jauh.

Prasarana juga memastikan pergerakan tren secara manual dihadkan dengan kelajuan maksimum pada hanya 20 kilometer sejam, selain 5. Buletin Keselamatan dikeluarkan secara kerap dan berkala beserta penerangan aspek keselamatan dan SOP kepada semua tenaga kerja Prasarana.

Selain itu, latihan tindakan kecemasan mini atau ‘Mini ERP Exercise’ untuk dijalankan pada setiap Ahad malam dengan penekanan kepada senario ‘menyelamat tren yang terputus komunikasi dan pemanduan tren manual’ bagi memantapkan lagi keupayaan staf dan sistem yang digunakan terutama membabitkan kawasan yang sukar diakses seperti terowong bawah tanah dan jejambat.

Sementara itu Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datin Norlia Noah memaklumkan langkah itu sejajar dengan lima cadangan penambahbaikan jangka pendek yang perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan berdasarkan laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran LRT tersebut.

“Langkah-Langkah ini adalah tambahan kepada piawaian antarabangsa dan SOP yang sedia ada. Kami sedang menyemak semula secara menyeluruh struktur, proses dan pematuhan keselamatan, kawalan akses ke trek, protokol untuk komunikasi dan sebagainya supaya kesemua cadangan jangka pendek dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, program latihan akan diselaras dengan kolaborasi pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam untuk meningkatkan kemahiran staf dalam menyelamatkan tren berpandukan SOP ini.

Beliau berkata selain memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Siasatan itu serta berhubung dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat, fokus utama Prasarana ialah memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya kepada penumpang terlibat.

Katanya selain bantuan segera wang ihsan kepada penumpang terbabit, Prasarana menyediakan bantuan kewangan untuk menampung kos perubatan, rawatan susulan dan perbelanjaan lain yang berkaitan serta menyediakan khidmat kaunseling oleh Lembaga Kaunselor Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Prasarana turut menyeru penumpang terlibat agar menghubungi Talian Krisis di 014-737 1330 dan e-mel ke [email protected] untuk memudahkan komunikasi secara langsung tentang bantuan segera wang ihsan, pembayaran balik kos perubatan dan rawatan, tuntutan, dokumentasi serta akses kepada perkhidmatan kaunseling.

Pada 24 Mei lalu dua tren LRT – sebuah membawa penumpang dan sebuah lagi kosong tetapi sedang diuji – bertembung di dalam terowong kira-kira jam 8.33 malam menyebabkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 cedera ringan.

Berita berkaitan
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
Teruskan SOP kunci kebebasan Covid-19
July 21, 2022· Isu semasa
Pemandu lori rempuh 11 kereta di tambak Johor ada 33 saman lampau
July 8, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
1 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
4 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok