PPUM hantar ubat ke rumah pesakit

March 30, 2021 · Isu semasa

Tidak perlu datang lagi ke bahagian farmasi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengambil ubat rantaian sejuk seperti insulin, sebaliknya pusat perubatan itu akan menghantarnya ke rumah pesakit.

Ketua Pegawai Farmasi Jabatan Farmasi PPUM, Alias Aris berkata, sebelum ini hanya ubat pada suhu bilik sahaja yang dihantar secara terus ke rumah pesakit berikutan kekangan logistik untuk ubat rantaian sejuk yang memerlukan suhu dua hingga lapan darjah celcius.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, tiga daripada 10 pesakit yang menghidap penyakit kronik memerlukan ubat rantaian sejuk itu dengan kadar segera.

Perkhidmatan itu dilaksanakan hasil kerjasama Jabatan Farmasi PPUM dengan syarikat Esyms Sdn Bhd melalui perjanjian persefahaman pada 10 Februari lalu.

Bagaimanapun setakat ini penghantaran ubat rantaian sejuk itu hanya dilakukan di sekitar Lembah Klang sahaja kerana ia harus dihantar kepada pesakit dalam tempoh 24 jam untuk mengekalkan suhunya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, PPUM berkata, di bawah kerjasama ini syarikat Esyms akan bertanggungjawab ke atas ubat rantaian sejuk dengan memastikan ia kekal mengikut suhu diperlukan sepanjang perjalanan, selain mengendalikan proses pengambilan, pengiriman serta verifikasi penerima.

Kos penghantaran pula berdasarkan jenis ubat, iaitu bagi ubat suhu bilik caj RM5 dikenakan, manakala untuk ubat rantaian sejuk, RM15.

Pesakit yang ingin memohon penghantaran ubat-ubatan sama ada ubat suhu bilik atau ubat rantaian sejuk boleh membuat permohonan melalui akaun Single Sign On PPUM di http://eservices.ummc.edu.my/ dan menyemak status permohonan serta menerima nombor pengesanan setelah tarikh penghantaran ubat disahkan.

Perkhidmatan penghantaran ubat pada suhu bilik dengan kerjasama Pos Malaysia masih diteruskan.

Berita berkaitan
Kes denggi meningkat 233 kes, 2 kematian
November 10, 2022· Isu semasa
Covid-19: Amaran gelombang varian Omicron XBB
October 31, 2022· Isu semasa
Saya masih mampu jadi Ahli Parlimen dan sedia jadi calon, kata Hanipa
October 19, 2022· Politik
Anxiety: Serangan panik, cemas tiba-tiba
September 25, 2022· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
3 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
6 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok