PPS sesak, 6 keluarga bina pondok untuk berteduh

November 16, 2022 · Isu semasa

Enam keluarga di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang terpaksa membina pondok sendiri apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan sesak.

Kesemua mereka ditemui oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika melakukan rondaan banjir di kawasan tersebut.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, perkara tersebut berlaku disebabkan PPS Putat Tujuh bersaiz kecil dan hanya boleh memuatkan 168 mangsa banjir.

“PPS ini kecil dan hanya boleh memuatkan sekitar 20 buah khemah dalam satu masa. Sekarang ini terdapat 65 keluarga di PPS tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu keadaan banjir di Rantau Panjang juga beransur baik apabila paras air Sungai Golok kini berada pada tahap amaran iaitu 8.63 meter.

Katanya, air Sungai Golok juga menunjukkan trend menurun dan setakat jam 12.55 tengah hari tadi, mangsa banjir mencatatkan sedikit pengurangan daripada 2,090 kepada 1,955.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok